CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 26, 2009

Kisah Khalifah Terdahulu(part 1)



'ATO'Bin Rabah

Seorang yang hidup pada zaman khalifah Sulaiman bin Abd Mailk.Kebiasaan bagi setiap khalifah,akan ke makkah setahun sekali bagi menunaikan haji.Setiap kali beliau ke Makkah,beliau akan bertanya kepada penduduk Makkah "Siapakah yang paling 'alim diantara kalian?".Penduduk tersebut pun berkata ," 'Ato' bin Rabah".Beliau mengarahkan hulubalang2nya untuk menjemput 'Ato' menghadapnya.


Selepas mendapat jemputan tersebut,'Ato' pun ke rumah khalifah untuk menghadapnya.Beliau terus duduk berlaga lutut.

Khalifah:Berilah nasihat kepadaku.

Ato' mengetahui bahawa sulaiman ini tidak adil,zalim dalam pemerintahannya.

'ato':Sesungguhnya neraka jahannam adalah neraka yang paling dalam jika dicampakkan batu ke dalamnya akn sampai ke dasar dalam tempoh 70 tahun(waktu akhirat)dan tempat tersebut disediakan untuk pemimpin yang zalim,tidak adil dan tidak memberi hak sepenuhnya kepada seluruh umat Isalam.

Mendengarkan perkara tersebut membuatkan Sulaiman bregetar seluruh badan sambil menangis.Bermula selepas itu,seluruh umat islam berpuas hati akan pemerintahan Sulaiman yang berubah menjadi 'adil dan saksama.

Wednesday, December 10, 2008

FROM A CAMERAMAN,TO A FASILITATOR?


Ape maksud kat atas tu?
Pagi tadi,abang ana ajak ana pegi kem solat,sebagai cameraman,ana pun setuju la.Sampai2,tibe kene jaga pendaftaran.Hmmm,x kisah la.Lepas setengah jam berlalu,prog pun bermula ngan ucapan pengarah prog dan disusuli dengan pengenalan tentang solat oleh abang ana ngan abang amad.






Lepas habis je ucapan tu,pengarah tu pun datang kat ana"Hussein,enta jadi fesi boleh?"(utk pengetahuan:prog utk 6thn-15thn.Peh,nasib baik jadi fesi budak 10-12 thn je.(gambar)

Tapi ni satu pengalaman yang paling manis yang pernah ana lalui(salah satu).Mase slot bersama fesi,First2,ana buat care skema la,5-10 minit,diorang buat muke bosan.Ana ape lagi,buat lawak x jadi ana la.Tapi,aLHAMDULILLAH ,last2 diorang dapat dengar ngan khusyuk(gak)Hasilnye?Tengok la, diorang kan senyum.

Peh,Sibuk betul



Tengah betulkan pergerakan solat

KORBAN (PART 2)



Dalam post ni,ana cume nak kongsikan sikit pengalaman dalam bidang lembu.Mase Raya haji lepas,ana,abg ana &rakan2 sertai squad "sukarelawan"korban.Ingatkan kite yang sembelih.Hmmm,rupenye kene lanyak daging.First2,rase bosan sikit la sbb harapan x menjadi.Tapi ,bile dah pegang daging tu,cam x nak lepas lak.Memang menyeronokkan.


Tambahan,mase nak potong,tibe daging tu bergerak2.Ana pun dah cuak la.Abang sebelah ana tu,cakap(bla2 scientifik).Ana yang x paham langsung pun buat muke "interesting"la.Mase awal2,pak cik2 pun semangat la.Bile sampai lembu ke 7,mule la kate "Anak mude banyak tenaga,kene la buat keje lebih."Kitorang ape lagi?lanyak la daging lembu tu(buat satu port remaja)sampai lembu ke-12.

Peh,memang seronok la.Saranan ana,rapat2 la ngan "orang2" masjid(ikhlas la),baru dapat peluang mungkin lebih bermanfaat.Dan akhir kata ,Manfaatkanlah cutimu.

Saturday, December 6, 2008

KORBAN (PART 1)

Assalamualaikum.

Insya allah,ana akan menceritakan sedekit sebanyak tentang korban.
Pada ana klu cakap pasal korban,berkait rapat tentang kisah nabi ibrahim.


Nabi Ibrahim A.S digelar" (lupe)" yang bermaksud teman yang paling rapat ALLAH.Pada suatu hari,malaikat pun bertanya.

Malaikat:Wahai Allah,Mengapakah engkau memberi Ibrahim gelaran sebegitu besar?(sehinggakan disebut pada tahiyyat akhir)

ALLAH:Wahai Malaikat kalau kau nak tau jawapannya,ujilah dia.
3 ujian besar(yang ana ingat)telah di lalui oleh nabi IBRAHIM

Setelah lama nabi Ibrahim tidak mendapat anak,akhirnya allah makbulkan.Maka lahirlah nabi ismail.x lame selepas itu.....Allah memerintahkan nabi ibrahim untuk tinggalkan isteri dan anak nya di makkah tanpa sebarang bekalan.
Setelah beberapa tahun ditinggalkan isteri dan anaknya,Allah mengizinkan mereka untuk pulang bertemu dengan Ibrahim,bapa dan suami yang tercinta.Nabi Ibrahim melompat kegirangan apabila berjumpa dengan insan tercinta.Setelah beberapa tempoh berlalu...... Allah memerintahkan pula untuk menyembelih anaknya yang belum sempat bermanja2 dengan nya.Hatinya begitu sayu.tetapi,cintanya pada Allah lebih lebih daripada segalanaya.Beliau pun menyembelih anaknya yang akhirnya bertukar menjadi seekor kibash.

ni ade lagi satu citer

Nabi Ibrahim seorang Pengembala kambing.Kambingnya di pantau oleh banyak anjing yang diikat rantai emas pada lehernya(nak menunjukkan hinanya dunia)malaikat temukan nabi ibrahim dan seorang yang sedang berzikir.Ibrahim pun datang kat orang tu.


Ibrahim:Wahai manusia,ambillah semua kambing2ku asalkan kau terus berzikir pada Allah.

orang itu pun sambung zikir.


Ibrahim:Wahai manusia,ambillah kambing2ku serta anjing2 ku yang diikat dengan emas asalkan kau terus berzikir pada Allah


Malaikat baru sedar bahawa bertapa dekatnya dia dengan ALLAH.Memang sajaklah dia untuk mendapat gelaran itu.





Saturday, November 22, 2008

Micheal Jackson Masuk ISLAM?




Cam caye gak tapi inilah hakikatnya.Hidayah Allah x kan datang bergolek.perlu ade usaha dari pihak sendiri,mahupun orang sekeliling untuk memberi sokongan.

Cube bayangkan seorang penyanyi&penari(robot)boleh terima islam.susah gak nak bayangkan.

Micheal Jackson atau "MIKAEEL" mengucapkan kalimah syahadah pada 21 november 2008.Abang die Jeremaine Jackson berusaha selama 19 tahun untuk mengajak adiknya memeluk islam.

Dalam keratan kat atas,abang dia cakap "Masa saya balik dari mekkah,saya telah membeli banyak buku mengenai islam dan dia banyak bertanya mengenai islam dan saya memberitahunya bahawa islam itu indah dan tenang.Dia terus membaca dan dia sungguh bangga dengan saya kerana telah menemukan sesuatu yang dapat memberi kekuatan dan ketenangan dalaman.

Diceritakan oleh salah seorang komposer lagu David Wharnsby (dah masuk islam) daripada Kanada .
"Micheal pernah mengadu yang dia ada masalah lemah dalaman(x tenteram). Selepas itu,saya mengajaknya untuk memeluk islam dan saya beritahunya bahawa islam dapat mententeramkan kamu kerana islam itu adalah agama ketenangan."

x lama lepastu, Micheal Jackson mengucap Shahadah di bantu oleh seorang imam berdekatan.Dengan itu,sama-samalah kita doakan seluruh umat islam yang telah masuk islam agar mengambil pengajaran daripada peristiwa ini danterus mengamalkan ISLAM dan yang belum memeluk islam agar mendapat hidayah ALLAH.

Friday, September 26, 2008

Selamat Tinggal Ramadhan


Sedar x sedar,Ramadhan nak pergi dah.Diri ini rasakan hati ini terlalu gelap untuk menangis akan pemergian Ramadhan x lama lagi.Tidak seperti Umar ibni al-khattab yang paling memencilkan diri dikalangan sahabat apabila tibanya masa untuk pemergian Ramadhan itu sendiri.Dan dia jugalah yang paling gembira apabila kedatangan Ramadhan.


Bagaimana pula kita apabila tibanya saat pemergian ramadhan?Adakah kita sedih akan pemergiannya ataupun gembira akan pemergiannya dan lebih gembira lagi apabila Syawal tiba.
Satu persoalan yang ana hendak timbulkan,adakah telah capainya matlamat kita di bulan Ramadhan iaitu TAQWA!Ataupun tercapainya impian beli langsir baru,baju baru,kasut baru DLL.

Klu dulu,Semakin akhir ramadhan,semakin ramainya makhluk di masjid untuk khushuk beribadah kepada ALLAH.Tetapi,sekarang,makin akhirnya ramadhan,makin ramainya di JUSCO,TESCO,GIANT DLL untuk khushuk membeli belah.

Manusia sekarang kebanyakannya tidak menghargai kurniaan ALLAH(ramadhan)malah ada juga yang merasakan ianya suatu bala kerana?tidak boleh makan,kena pergi masjid bertarawih dan lain2.Mengapa?????.Mereka tidak nampak sebaliknya(Lailatul qadr).Rasulullah yang Ma'sum,sayyidul mursalin,habibullah!tetap berusaha mencari lailatul qadr sehinggakan ada riwayat yang mengatakan, 10 malam terakhir,rasulullah tidak pulang kerumah.Hanya membawa sedikit bekalan dan tidak pulang ke rumah.Apakan lagi kita yang solat entah penuh ke tidak 5 waktu,klu penuhpun entah khusyuk ke x.



Para sahabat dahulu,nak tunjukkan bertapa hargainya mereka akan Ramadhan,mereka menangis di hadapan Allah,meminta kepada rasulullah agar ramadhan itu dijadikan seluruh tahun kerana rindunya mereka akan Ramadhan.

KAIFA ANA? KAIFA ANTUM?Adakah merindukan Ramadhan ataupun rindukan dan tertunggu2 akan syawal yang di dalamnya tiada LAILATUL QADR,tiada AWWALUHU RAHMAH,AWSATUHU MAGHFIRAH,tida AKHIRUHU ITQU MINA AN-NAR.

Sebagai penutup kata,Jika antum merasakan antum terlepas lailatul qadr,La Tahzan.Barangsiapa yang menghidupkan malam raya,maka hatinya akan hidup dan tidak akan dimatikan.

Saturday, August 30, 2008

Madrasah Ramadhan

Pejam celik,pejam celik,dah masuk pun Bulan Ramadhan AL MUBARAK.Ana baru balik dari sekolah.Agak penatlah.Pagi tu ade kuliah kat masjid.Ustaz tu cakap................

Syarat untuk mengikuti Madrasah Ramadhan

1-Puasa dengan penuh keimanan
2-Puasa dengan penuh pengharapan untuk mendapat keredhaan Allah
3-Tinggalkan maksiat 100%

Sebenarnya dalam bulan ramadhan ni ,x guna pun klu kite berpuasa klu masih nak buat maksiat seperti hadith rasulullah:

"Barangsiapa yang brepuasa tetapi tidak dapat menahan diri daripada kata2 ataupun perbuatan dusta(maksiat)maka Allah tidak berhajat langsung kepada puasanya(tidak menerima puasanya)"


Maka dengan itu ,banyakkan lah beribadah pada setiap waktu yang terluang.Jangan antum rasa ibadah tu solat ,puasa , baca qura'an , TAK! BUKAN TU JE! Cubelah fikir luas sikit.RAsulullah telah bersabda dalam sebuah hadis qudsi, di akhirat nanti akan disoal lebih kurang camni la:


".......... Mengapa enkau tidak memberi ku makan sedankan aku lapar?orang itu menjawab:YA tuhanku mustahil engkau lapar sedangkan engakau AR_RAZZAQ! Allah berkata:dulu ada orang lapar tetapi kenapa enkau tidak beri kepadanya makanan?sesungguhnya jika kau memberinya makan engkau akan mendapati ganjaran yang besar daripada makanan tersebut.

Allah bertanya lagi:Mengapa engkau tidak memberi ku pakaian?orang itu menjawab:YA ALLAH,engkaulah AL_GHANIYY .Aku hambamu ya Allah mustahil untuk aku memberimu pakaian.
Allah berkata:Dulu ada orang meminta pakaian tetapi kenapa engkau tidak memberinya pakaian?Sesungguhnya jika engkau memberinya pakaian,akan engkau dapati ganjaran besar daripada pakaian tersebut.

Allah Bertanya lagi:Mengapa engkau tidak menziarahiku ketika aku sedang sakit?Ya ALLAH,engkaulah tuhanku yang maha perkasa .Mustahil engkau boleh sakit.Allah berkata:Dulu ade orang sakit tetapi kenapa engkau tidak menziarahinya.Jika engkau menziarahinya,engkau akn mendapati aku disisinya"

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dapat kita manfaatkan dalam bulan ramadhan ini.
Jadi,akhir kata
,MAFAATKANLAH RAMADHANMU