CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 3, 2008

Komander Lapangan Ahli Strategi:Yasir Galban

Peribadi dan Jalan da’wahnya

Sejak kecil, Galban terkenal rajin melakukan aktiviti ibadah. Tempat yang paling selalu ia kunjungi adalah Masjid Muin bin Zaid. Maka tak hairanlah bila ia membesar sebagai pemuda yang zuhud, taat ibadah dan wara’. Ia tidak berbicara terhadap sesuatu kecuali perkara yang berkaitan dengan Allah ataupun Nabi Nya(Islam) . Beliau memulakan pembentukan dirinyadengan menghafal al-qur’an,menghadiri majlis ‘ilmudan setiap hari sebelum maghrib,dia akan menangis mengenangkan dosa-dosanya pada hari tersebut.Hatinya selalu terikat dengan masjid. Beliau selalu menunaikan salat fardu di Masjid. Bagaimana tidak, ia seorang yang aktif da’wah di masjid tersebut. Beliaulah penggerak kepada semua aktiviti masjid, dari dana hingga ke aksi social. Beliau tidak menghadkan dirinya, hanya mengunjungi saudara-saudara dan kerabatnya saja, bahkan ia sering mengunjungi para pemuda yang jarang atau tidak pernah kelihatan di masjid solat ataupun ibadah. Yasir Galban adalah pemuda yang tidak pernah terlambat hadir dalam semua kegiatan yang diadakan oleh Gerakan Hamas. Ia selalu hadir sambil membawa beberapa pemuda yang telah di tarbiyyah olehnya. Telah menjadi tanggungjawabnya, da’wah dan mendidik genarasi muda dan mengajak mereka kepada jalan yang benar supaya mereka dapat membantu islam . Yasir merasakan dirinya bertanggung jawab tentang hal ehwal pemuda di kampungnya. Beliau dikurniakan sifat kepemimpinan, keberanian dan juga cinta terhadap Kitab Allah, Al-Qur’an sebagai rujukan utamanya dalam mengarahkan para pemuda2 tersebut, agar menjadi genarasi Qur’ani. Beliau selalu membri salam terlebih dahulu kepada sahabat-sahabatnya sebelum sahabat 2 nya memberi salam. Menurut adiknya, Yasir adalah pemuda yang menyamai taraf seorang syuhada’ yang tidak kenal lelah mahupun bosan. Beliau selalu menasihati dan membimbing sahabat-sahabatnya. Beliau bersifat penyayang terhadap sahabat-sahabatnya, namun sangat keras pada musuh-musuh Allah dan musuh umat islam.

Menyertai Dengan Brigade Al-Qassam

Yasir Galban menyertai Barisan Izzuddin al-Qossam ketika terjadinya Intifadhah al-Aqsha. Ia telah memilih jalan yang penuh lubang dan berduri. Jalan yang beliau tempuhi, dihiasi dengan kesulitan dan kepayahan. Beliau termasuk dalam golongan as-sabiqunal awwalun Al-Qossam, karena peribadinya yang mantap, seperti keberanian dan keteguhanya serta kemampuanya yang memberi komitmen 100% dalam gerakan tersebut. Sering kali beliau menempuh perjalanan untuk menanam ranjau darat bagi kesukaran kendaraan-kendaraan perang Israel.beliau digelar singa di padang pasir. Beliau tidak takut pada sesiapapun kecuali Allah. Yang menjadi pegangannya adalah keikhlasan, kebijaksanaan dan kecergasan. Ia juga terkenal sebagai perancang seterategi perjuangan Al-Qossam dan aktif di barisan Brigade Al-Qossam.