CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 26, 2008

Selamat Tinggal Ramadhan


Sedar x sedar,Ramadhan nak pergi dah.Diri ini rasakan hati ini terlalu gelap untuk menangis akan pemergian Ramadhan x lama lagi.Tidak seperti Umar ibni al-khattab yang paling memencilkan diri dikalangan sahabat apabila tibanya masa untuk pemergian Ramadhan itu sendiri.Dan dia jugalah yang paling gembira apabila kedatangan Ramadhan.


Bagaimana pula kita apabila tibanya saat pemergian ramadhan?Adakah kita sedih akan pemergiannya ataupun gembira akan pemergiannya dan lebih gembira lagi apabila Syawal tiba.
Satu persoalan yang ana hendak timbulkan,adakah telah capainya matlamat kita di bulan Ramadhan iaitu TAQWA!Ataupun tercapainya impian beli langsir baru,baju baru,kasut baru DLL.

Klu dulu,Semakin akhir ramadhan,semakin ramainya makhluk di masjid untuk khushuk beribadah kepada ALLAH.Tetapi,sekarang,makin akhirnya ramadhan,makin ramainya di JUSCO,TESCO,GIANT DLL untuk khushuk membeli belah.

Manusia sekarang kebanyakannya tidak menghargai kurniaan ALLAH(ramadhan)malah ada juga yang merasakan ianya suatu bala kerana?tidak boleh makan,kena pergi masjid bertarawih dan lain2.Mengapa?????.Mereka tidak nampak sebaliknya(Lailatul qadr).Rasulullah yang Ma'sum,sayyidul mursalin,habibullah!tetap berusaha mencari lailatul qadr sehinggakan ada riwayat yang mengatakan, 10 malam terakhir,rasulullah tidak pulang kerumah.Hanya membawa sedikit bekalan dan tidak pulang ke rumah.Apakan lagi kita yang solat entah penuh ke tidak 5 waktu,klu penuhpun entah khusyuk ke x.



Para sahabat dahulu,nak tunjukkan bertapa hargainya mereka akan Ramadhan,mereka menangis di hadapan Allah,meminta kepada rasulullah agar ramadhan itu dijadikan seluruh tahun kerana rindunya mereka akan Ramadhan.

KAIFA ANA? KAIFA ANTUM?Adakah merindukan Ramadhan ataupun rindukan dan tertunggu2 akan syawal yang di dalamnya tiada LAILATUL QADR,tiada AWWALUHU RAHMAH,AWSATUHU MAGHFIRAH,tida AKHIRUHU ITQU MINA AN-NAR.

Sebagai penutup kata,Jika antum merasakan antum terlepas lailatul qadr,La Tahzan.Barangsiapa yang menghidupkan malam raya,maka hatinya akan hidup dan tidak akan dimatikan.