CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 10, 2008

FROM A CAMERAMAN,TO A FASILITATOR?


Ape maksud kat atas tu?
Pagi tadi,abang ana ajak ana pegi kem solat,sebagai cameraman,ana pun setuju la.Sampai2,tibe kene jaga pendaftaran.Hmmm,x kisah la.Lepas setengah jam berlalu,prog pun bermula ngan ucapan pengarah prog dan disusuli dengan pengenalan tentang solat oleh abang ana ngan abang amad.






Lepas habis je ucapan tu,pengarah tu pun datang kat ana"Hussein,enta jadi fesi boleh?"(utk pengetahuan:prog utk 6thn-15thn.Peh,nasib baik jadi fesi budak 10-12 thn je.(gambar)

Tapi ni satu pengalaman yang paling manis yang pernah ana lalui(salah satu).Mase slot bersama fesi,First2,ana buat care skema la,5-10 minit,diorang buat muke bosan.Ana ape lagi,buat lawak x jadi ana la.Tapi,aLHAMDULILLAH ,last2 diorang dapat dengar ngan khusyuk(gak)Hasilnye?Tengok la, diorang kan senyum.

Peh,Sibuk betul



Tengah betulkan pergerakan solat

KORBAN (PART 2)



Dalam post ni,ana cume nak kongsikan sikit pengalaman dalam bidang lembu.Mase Raya haji lepas,ana,abg ana &rakan2 sertai squad "sukarelawan"korban.Ingatkan kite yang sembelih.Hmmm,rupenye kene lanyak daging.First2,rase bosan sikit la sbb harapan x menjadi.Tapi ,bile dah pegang daging tu,cam x nak lepas lak.Memang menyeronokkan.


Tambahan,mase nak potong,tibe daging tu bergerak2.Ana pun dah cuak la.Abang sebelah ana tu,cakap(bla2 scientifik).Ana yang x paham langsung pun buat muke "interesting"la.Mase awal2,pak cik2 pun semangat la.Bile sampai lembu ke 7,mule la kate "Anak mude banyak tenaga,kene la buat keje lebih."Kitorang ape lagi?lanyak la daging lembu tu(buat satu port remaja)sampai lembu ke-12.

Peh,memang seronok la.Saranan ana,rapat2 la ngan "orang2" masjid(ikhlas la),baru dapat peluang mungkin lebih bermanfaat.Dan akhir kata ,Manfaatkanlah cutimu.

Saturday, December 6, 2008

KORBAN (PART 1)

Assalamualaikum.

Insya allah,ana akan menceritakan sedekit sebanyak tentang korban.
Pada ana klu cakap pasal korban,berkait rapat tentang kisah nabi ibrahim.


Nabi Ibrahim A.S digelar" (lupe)" yang bermaksud teman yang paling rapat ALLAH.Pada suatu hari,malaikat pun bertanya.

Malaikat:Wahai Allah,Mengapakah engkau memberi Ibrahim gelaran sebegitu besar?(sehinggakan disebut pada tahiyyat akhir)

ALLAH:Wahai Malaikat kalau kau nak tau jawapannya,ujilah dia.
3 ujian besar(yang ana ingat)telah di lalui oleh nabi IBRAHIM

Setelah lama nabi Ibrahim tidak mendapat anak,akhirnya allah makbulkan.Maka lahirlah nabi ismail.x lame selepas itu.....Allah memerintahkan nabi ibrahim untuk tinggalkan isteri dan anak nya di makkah tanpa sebarang bekalan.
Setelah beberapa tahun ditinggalkan isteri dan anaknya,Allah mengizinkan mereka untuk pulang bertemu dengan Ibrahim,bapa dan suami yang tercinta.Nabi Ibrahim melompat kegirangan apabila berjumpa dengan insan tercinta.Setelah beberapa tempoh berlalu...... Allah memerintahkan pula untuk menyembelih anaknya yang belum sempat bermanja2 dengan nya.Hatinya begitu sayu.tetapi,cintanya pada Allah lebih lebih daripada segalanaya.Beliau pun menyembelih anaknya yang akhirnya bertukar menjadi seekor kibash.

ni ade lagi satu citer

Nabi Ibrahim seorang Pengembala kambing.Kambingnya di pantau oleh banyak anjing yang diikat rantai emas pada lehernya(nak menunjukkan hinanya dunia)malaikat temukan nabi ibrahim dan seorang yang sedang berzikir.Ibrahim pun datang kat orang tu.


Ibrahim:Wahai manusia,ambillah semua kambing2ku asalkan kau terus berzikir pada Allah.

orang itu pun sambung zikir.


Ibrahim:Wahai manusia,ambillah kambing2ku serta anjing2 ku yang diikat dengan emas asalkan kau terus berzikir pada Allah


Malaikat baru sedar bahawa bertapa dekatnya dia dengan ALLAH.Memang sajaklah dia untuk mendapat gelaran itu.





Saturday, November 22, 2008

Micheal Jackson Masuk ISLAM?




Cam caye gak tapi inilah hakikatnya.Hidayah Allah x kan datang bergolek.perlu ade usaha dari pihak sendiri,mahupun orang sekeliling untuk memberi sokongan.

Cube bayangkan seorang penyanyi&penari(robot)boleh terima islam.susah gak nak bayangkan.

Micheal Jackson atau "MIKAEEL" mengucapkan kalimah syahadah pada 21 november 2008.Abang die Jeremaine Jackson berusaha selama 19 tahun untuk mengajak adiknya memeluk islam.

Dalam keratan kat atas,abang dia cakap "Masa saya balik dari mekkah,saya telah membeli banyak buku mengenai islam dan dia banyak bertanya mengenai islam dan saya memberitahunya bahawa islam itu indah dan tenang.Dia terus membaca dan dia sungguh bangga dengan saya kerana telah menemukan sesuatu yang dapat memberi kekuatan dan ketenangan dalaman.

Diceritakan oleh salah seorang komposer lagu David Wharnsby (dah masuk islam) daripada Kanada .
"Micheal pernah mengadu yang dia ada masalah lemah dalaman(x tenteram). Selepas itu,saya mengajaknya untuk memeluk islam dan saya beritahunya bahawa islam dapat mententeramkan kamu kerana islam itu adalah agama ketenangan."

x lama lepastu, Micheal Jackson mengucap Shahadah di bantu oleh seorang imam berdekatan.Dengan itu,sama-samalah kita doakan seluruh umat islam yang telah masuk islam agar mengambil pengajaran daripada peristiwa ini danterus mengamalkan ISLAM dan yang belum memeluk islam agar mendapat hidayah ALLAH.

Friday, September 26, 2008

Selamat Tinggal Ramadhan


Sedar x sedar,Ramadhan nak pergi dah.Diri ini rasakan hati ini terlalu gelap untuk menangis akan pemergian Ramadhan x lama lagi.Tidak seperti Umar ibni al-khattab yang paling memencilkan diri dikalangan sahabat apabila tibanya masa untuk pemergian Ramadhan itu sendiri.Dan dia jugalah yang paling gembira apabila kedatangan Ramadhan.


Bagaimana pula kita apabila tibanya saat pemergian ramadhan?Adakah kita sedih akan pemergiannya ataupun gembira akan pemergiannya dan lebih gembira lagi apabila Syawal tiba.
Satu persoalan yang ana hendak timbulkan,adakah telah capainya matlamat kita di bulan Ramadhan iaitu TAQWA!Ataupun tercapainya impian beli langsir baru,baju baru,kasut baru DLL.

Klu dulu,Semakin akhir ramadhan,semakin ramainya makhluk di masjid untuk khushuk beribadah kepada ALLAH.Tetapi,sekarang,makin akhirnya ramadhan,makin ramainya di JUSCO,TESCO,GIANT DLL untuk khushuk membeli belah.

Manusia sekarang kebanyakannya tidak menghargai kurniaan ALLAH(ramadhan)malah ada juga yang merasakan ianya suatu bala kerana?tidak boleh makan,kena pergi masjid bertarawih dan lain2.Mengapa?????.Mereka tidak nampak sebaliknya(Lailatul qadr).Rasulullah yang Ma'sum,sayyidul mursalin,habibullah!tetap berusaha mencari lailatul qadr sehinggakan ada riwayat yang mengatakan, 10 malam terakhir,rasulullah tidak pulang kerumah.Hanya membawa sedikit bekalan dan tidak pulang ke rumah.Apakan lagi kita yang solat entah penuh ke tidak 5 waktu,klu penuhpun entah khusyuk ke x.



Para sahabat dahulu,nak tunjukkan bertapa hargainya mereka akan Ramadhan,mereka menangis di hadapan Allah,meminta kepada rasulullah agar ramadhan itu dijadikan seluruh tahun kerana rindunya mereka akan Ramadhan.

KAIFA ANA? KAIFA ANTUM?Adakah merindukan Ramadhan ataupun rindukan dan tertunggu2 akan syawal yang di dalamnya tiada LAILATUL QADR,tiada AWWALUHU RAHMAH,AWSATUHU MAGHFIRAH,tida AKHIRUHU ITQU MINA AN-NAR.

Sebagai penutup kata,Jika antum merasakan antum terlepas lailatul qadr,La Tahzan.Barangsiapa yang menghidupkan malam raya,maka hatinya akan hidup dan tidak akan dimatikan.

Saturday, August 30, 2008

Madrasah Ramadhan

Pejam celik,pejam celik,dah masuk pun Bulan Ramadhan AL MUBARAK.Ana baru balik dari sekolah.Agak penatlah.Pagi tu ade kuliah kat masjid.Ustaz tu cakap................

Syarat untuk mengikuti Madrasah Ramadhan

1-Puasa dengan penuh keimanan
2-Puasa dengan penuh pengharapan untuk mendapat keredhaan Allah
3-Tinggalkan maksiat 100%

Sebenarnya dalam bulan ramadhan ni ,x guna pun klu kite berpuasa klu masih nak buat maksiat seperti hadith rasulullah:

"Barangsiapa yang brepuasa tetapi tidak dapat menahan diri daripada kata2 ataupun perbuatan dusta(maksiat)maka Allah tidak berhajat langsung kepada puasanya(tidak menerima puasanya)"


Maka dengan itu ,banyakkan lah beribadah pada setiap waktu yang terluang.Jangan antum rasa ibadah tu solat ,puasa , baca qura'an , TAK! BUKAN TU JE! Cubelah fikir luas sikit.RAsulullah telah bersabda dalam sebuah hadis qudsi, di akhirat nanti akan disoal lebih kurang camni la:


".......... Mengapa enkau tidak memberi ku makan sedankan aku lapar?orang itu menjawab:YA tuhanku mustahil engkau lapar sedangkan engakau AR_RAZZAQ! Allah berkata:dulu ada orang lapar tetapi kenapa enkau tidak beri kepadanya makanan?sesungguhnya jika kau memberinya makan engkau akan mendapati ganjaran yang besar daripada makanan tersebut.

Allah bertanya lagi:Mengapa engkau tidak memberi ku pakaian?orang itu menjawab:YA ALLAH,engkaulah AL_GHANIYY .Aku hambamu ya Allah mustahil untuk aku memberimu pakaian.
Allah berkata:Dulu ada orang meminta pakaian tetapi kenapa engkau tidak memberinya pakaian?Sesungguhnya jika engkau memberinya pakaian,akan engkau dapati ganjaran besar daripada pakaian tersebut.

Allah Bertanya lagi:Mengapa engkau tidak menziarahiku ketika aku sedang sakit?Ya ALLAH,engkaulah tuhanku yang maha perkasa .Mustahil engkau boleh sakit.Allah berkata:Dulu ade orang sakit tetapi kenapa engkau tidak menziarahinya.Jika engkau menziarahinya,engkau akn mendapati aku disisinya"

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dapat kita manfaatkan dalam bulan ramadhan ini.
Jadi,akhir kata
,MAFAATKANLAH RAMADHANMU






Tuesday, June 3, 2008

Komander Lapangan Ahli Strategi:Yasir Galban

Peribadi dan Jalan da’wahnya

Sejak kecil, Galban terkenal rajin melakukan aktiviti ibadah. Tempat yang paling selalu ia kunjungi adalah Masjid Muin bin Zaid. Maka tak hairanlah bila ia membesar sebagai pemuda yang zuhud, taat ibadah dan wara’. Ia tidak berbicara terhadap sesuatu kecuali perkara yang berkaitan dengan Allah ataupun Nabi Nya(Islam) . Beliau memulakan pembentukan dirinyadengan menghafal al-qur’an,menghadiri majlis ‘ilmudan setiap hari sebelum maghrib,dia akan menangis mengenangkan dosa-dosanya pada hari tersebut.Hatinya selalu terikat dengan masjid. Beliau selalu menunaikan salat fardu di Masjid. Bagaimana tidak, ia seorang yang aktif da’wah di masjid tersebut. Beliaulah penggerak kepada semua aktiviti masjid, dari dana hingga ke aksi social. Beliau tidak menghadkan dirinya, hanya mengunjungi saudara-saudara dan kerabatnya saja, bahkan ia sering mengunjungi para pemuda yang jarang atau tidak pernah kelihatan di masjid solat ataupun ibadah. Yasir Galban adalah pemuda yang tidak pernah terlambat hadir dalam semua kegiatan yang diadakan oleh Gerakan Hamas. Ia selalu hadir sambil membawa beberapa pemuda yang telah di tarbiyyah olehnya. Telah menjadi tanggungjawabnya, da’wah dan mendidik genarasi muda dan mengajak mereka kepada jalan yang benar supaya mereka dapat membantu islam . Yasir merasakan dirinya bertanggung jawab tentang hal ehwal pemuda di kampungnya. Beliau dikurniakan sifat kepemimpinan, keberanian dan juga cinta terhadap Kitab Allah, Al-Qur’an sebagai rujukan utamanya dalam mengarahkan para pemuda2 tersebut, agar menjadi genarasi Qur’ani. Beliau selalu membri salam terlebih dahulu kepada sahabat-sahabatnya sebelum sahabat 2 nya memberi salam. Menurut adiknya, Yasir adalah pemuda yang menyamai taraf seorang syuhada’ yang tidak kenal lelah mahupun bosan. Beliau selalu menasihati dan membimbing sahabat-sahabatnya. Beliau bersifat penyayang terhadap sahabat-sahabatnya, namun sangat keras pada musuh-musuh Allah dan musuh umat islam.

Menyertai Dengan Brigade Al-Qassam

Yasir Galban menyertai Barisan Izzuddin al-Qossam ketika terjadinya Intifadhah al-Aqsha. Ia telah memilih jalan yang penuh lubang dan berduri. Jalan yang beliau tempuhi, dihiasi dengan kesulitan dan kepayahan. Beliau termasuk dalam golongan as-sabiqunal awwalun Al-Qossam, karena peribadinya yang mantap, seperti keberanian dan keteguhanya serta kemampuanya yang memberi komitmen 100% dalam gerakan tersebut. Sering kali beliau menempuh perjalanan untuk menanam ranjau darat bagi kesukaran kendaraan-kendaraan perang Israel.beliau digelar singa di padang pasir. Beliau tidak takut pada sesiapapun kecuali Allah. Yang menjadi pegangannya adalah keikhlasan, kebijaksanaan dan kecergasan. Ia juga terkenal sebagai perancang seterategi perjuangan Al-Qossam dan aktif di barisan Brigade Al-Qossam.


Wednesday, April 30, 2008

PENGHARAPAN PADA ALLAH

Ar-roja' atau pengaharapan pada allah sepenuhnya perlu pada diri setiap seseorang.

-Ana bagi contoh seorang ni,kerja die ibadah je tapi tak mengharapkan apa2 dari ibadah die.
-sorang lagi,die ibadah biasa2je macam subuh gajah,solat jemaah pun tak pernah lekat,zakat pun nak x nak je tapi bile mintak kat ALLAH,mintak syurga firdaus pulak tuh tapi poin nye bukan nye ibadah die hebat mane pun,tapi sejauh mana die letakkan pengharapan die kat ALLAH.

-Cube tengok cite orang bunuh 99 orang tu,walaupun dosa banyak tapi die letak pengharapan pada ALLAH supaya ALLAH ampunkan die.Last2 die masuk syurga.

-Ana bagi lagi satu contoh seseorang yang hidup pada zaman Abbasiah,Abu Nawas,seorang penyair yang terkenal dengan syairnya yang lucah.dia selalu dikritik oleh ulama' pada zaman tersebut.Tetapi kerana hubungan dia dengan khalifah rapat jadi kedudukannya stabil.sebelum beliau meninggal, ramai orang datang untuk melawatnya.beliau menamatkan riwayatnya dengan syair yang berbunyi"YA ALLAH,dosaku bagaikan gunung-ganang.tetapi, apabila dicampak kedalam lautan keampunan maka akan tenggelamlah gunung-ganag tersebut.

-Contoh terakhir yang ana akan bawa di sini ialah mengenai imam malik dan imam syafie.imam syafie terkenal dengan gelaran'tongkat imam malik'.semasa imam malik sedang uzur,kemana imam malik pergi,imam syafie akan memapahnya.sebelum imam malik meniggal,imam syafie bertaya "adakah kau tahu di mana tempat mu(syurga/neraka).imam malik menjawab"Sesungguhnya jika aku berputus asa dengan rahmatmu,maka rahmat ALLAH jauh lebih luas daripada putus asaku".


Moral:Jangan putus asa dari rahmat ALLAH.

Saturday, April 5, 2008

IKHTILAT FI HIRA'

(Muqaddimah

Ape tu 'ikhtilat'?
pergaulan,dalam erti kata lain,pergaulan antara lelaki&perempuan

Camne boleh terjadi 'ikhtilat'?
salah satu pihak mulakan(bagi surat,chat,senyum DLL)

Ade satu risalah,tertulis,"ikhtilat bermula drp Usya--senyum--beri salam--jumpa--ZINA".
ikhtilat akan bawa kepada zina(pengakhiran yang buruk).nampak cam benda kecik je kan?USYA!.Tapi bila dah rosak baru menyesal.kat hira' orang nampak benda kecik je,sbb tu lah tak de orang nak amik berat.sume senyap je.Kola rasulullah"wamallam yahtam biamril muslimin,falaisa minhum".(dan siapa yang tidak mengambil berat tentang saudaranya, maka mereka bukan dari kalangan kami(MUSLIM).

CAmne nak buang rasa nak berikhtilat(klu sape yang buat)?
Hayatilah beberapa cerita ini!!!!!

Pada suatu hari,seorang perempuan(berharta)mengajak seorang lelaki untuk berzina
tetapi ditolak dengan berkata,"Aku takut akan 'azab' ALLAH)(salah satu golongan yang dapat naungan ALLAH padahari yang tiada naungan melainkan ALLAH)

Pada suatu hari,seorang lelaki terpikaT dengan mata seorang gadis ,dia ikut sampai ke rumah perempuan itu.tidak lama lepas tu,dia ketuk pintu.pompuan itu keluar.Lelaki itu berkata"mata kau cantik,aku suka mata kau".Pompuan itu pun cepat2 cungkil mata dia.Lelaki itu berkata"kenapa kau cungkil mata kau?????
Pompuan itu berkata"Aku takut kerana mata ini,aku dan kau masuk neraka".

Kesimpulan,
Apabila kita letakkan ALLAH di hadapan lebih depan dari segalanya,kita takkan buat kerana disitu ,timbulnya MURAQABATULLAH.(merasakan ALLAH sentiasa melihat)

Friday, March 7, 2008

Kalau betul2 "NAK"

Pada suatu hari,ada orang jumpa ana.Dia kata dia memang nak ikut tarbiah kat hira' betul2.Tapi dalam masa yang sama dia tetap ngan perangai dia dulu,usrah pun hari jumaat je,klu cam baru2 ni,ade sukan,takde usrah,tak nak jumpa naqib untuk aturkan usrah.Kalau betul2 "nak",:

1)Iradah qawiyyah perlu ada.
2)Matlamat yang jelas mestiiii!
3)Cari kawan yang dapat mendorong kepada ALLAH
4)A'zmul qawiyy
5)Buang tabi'at Tarbiyyah rutin
6)Selalu rapat ngan orang yang berperibadi baik.
7)Jangan salah pilih kawan.
8)Jaga tarbiyyah di hira' daripada SILENT KILLER(CUTI)

Barulah terlahirnya peribadi yang di nanti-nantikan oleh ISLAM.

Sunday, February 17, 2008

Kaifa Islam Hazal Yaum

Pada suatu hari,sedang tunggu bas,tibe sorang pompuan datang kat kaunter untuk beli tikit katanye.tapi yang pelik,dia menangis,teresak2 pulak tu.so ana biarkanlah dia.tak lame pas tuh,bas pulak sampai,HUSSEIN:Kata pukul 4.30,tapi skang dah kul 5.05(dalam hati).Pastu ana cari tempat duduk ana.Berehatlah ana di kerusi 5c.Tertidurlah ana.Sedar2 dak kat seremban dah,pukul 6.20.Sedang mengantuk,tiba2,terdengar suara orang nangis.ana cari2 siapa yang nagis tuh?.laaa rupanya pompuan tadi yang duduk kat belakang ana masih nangis.Ana biarkanlah dia nangis.Tiba2 terdengar deringan HP.HP pompuan tu rupanya.Dialognya lebih kurang begini:::


Pompuan:Hello
Lelaki:Yang! mana you ni? I cari2 kat rumah tak de pun?
Pompuan:Kenapa you cari I?Baik you cari betina gatal tu.
Lelaki:Apa yang you cakap ni?I tak pahamlah?
Pompuan:Dah4,Cukup ngan drama you tu.I dah bosan dah!
Lelaki:Yang, tu bukan gelfren i. tu kawan lama I.I swear!!!!.
Pompuan:PENIPU(cakap kuat sikit(kuat jugakla)

Pompuan:I nampak you keluar ngan dia bukan main main mesra pulak tu!!!!!!
Lelaki:I tak tipu!Apa salahnya nak mesra ngan kawan lama.Please ida don't leave me~~~

Pompuan:Dah,I tak nak layan you lagi,JANTAN BUAYA!

Beliaupun terus menangis sambil mematikan HPnye.

Dari cite tadi,kita boleh lihat camne seorang pemuda Boleh rayu gile2 untuk sorang pompuan.
Zaman dulu pemuda nangis krn tak dpt gi perang.Ni terbalik pulak.Ma'na nya kene jagalah sbb skang masa paling sesuai unt diorang serang.Tapi lupa lak, diorang dah serangpun,SERANGAN PEMIKIRAN.FIKIRKANLAH!!!!!!!!